SEJARAH PENEMUAN 'PERAK MAN'
Manusia Perak
(Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia.
Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong,
Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yangijalankan
oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan
Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang
dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia
diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.
Kedudukan Perak Man semasa penemuannya
Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari
Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan
asalnya sebagaimana ia ditemui.
Replika rangka Perak Man
Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam
kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa
kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan
menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu,
memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk
menjalani kehidupannya.
Ilustrasi kehidupan manusia pada zaman pra sejarah
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu
berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat
tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah
dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat
daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam
154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui
di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan
genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
Ilustrasi bagaimana Perak man dikebumikan selepas kematiannya
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui
lebih lanjut sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung
ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.
No comments:
Post a Comment