Wednesday, October 1, 2014

APA ITU ARCA???

                                        Maksud ARCA


 ARCA adalah sebuah karya seni halus yang mempunyai bentuk 3dimensi (3D) serta mempunyai nilai estetik formatif yang tinggi dengan menggabungjalinkan prinsip dan unsur seni. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai makna dan mesej yang tersendiri dan ia berfungsi untuk memenuhi kehendak estetik. Kebiasaannya, arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. nilai estetiknya dapat dihayati melalui pancaindera dan setiap permukaannya boleh dipegang dan disentuh. Ia juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut pandangan.


'Bicycle Wheel', Marcel Duchamp, 1954

'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964


'Kiss ang Tell', Richard Deacon, 1989

                                       Sejarah ARCA


               Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.


              Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.


               Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan Alberto Giacomitti.


               Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Sebagai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri. Pada sekitar tahun 1960-an pengarca-pengarca di Malaysia mula membentuk arca moden. Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau (Rimba), Latif Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian.


                           Jenis-jenis ARCA

ARCA TIMBULAN  
                          
Arca ini dikenali sebagai arca releif, dibina daripada hasil karya 2dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej 3dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri  catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi figura tersbut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1896-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.


ARCA MOBAIL

                                                                     Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexander Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an.



ARCA STABAIL

Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad tidak seperti acra mobail yang boleh terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja yang boleh bergerak. Bahan atau bahagian dicantum dengan tali atau benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbgaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu syiling.



ARCA KINETIK


Arca kinetik adalah arca yang bergerak menggunakan kuasa angin. Anthony Howe merupakan artis dari Amerika yang suka menghasilkan arca ini sejak 17 tahun yang lalu. 













ARCA REPLIKA

                                                                Arca replika adalah merupakan arca yang menjadi imej mercu tanda atau sebagai daya penarik pada sesuatu tempat. Ia juga merupakan satu peniruan terhadap imej sebenar untuk digambarkan semula.















No comments:

Post a Comment