Monday, October 27, 2014

SUBJEK KAJIAN

TEMA : WARISAN TRADISIONAL NEGERI

'RUMAH KEDAH'
Rumah Tok Su

 Rumah-rumah trdisional lama mempunyai ukiran-ukiran, gambaran ketinggian mutu seni orang-orang Melayu dahulu. Pembinaannya dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan yang mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, figura dan berkisar kepada kehidupan.     


 Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini, kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka, begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahu pun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.


Kedah Darul Aman kaya dengan struktur unik seperti ini. Rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau demak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan yang terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri ( Wisma Darul Aman ). Kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu. Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.


Rumah Seri Banai

       Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.

Rumah-rumah itu bukan berasal dari Alor Star tetapi dipindahkan dari lokasi asal yang berbeza. Rumah Tok Su dibawa dari Kamoung Permatang Kerat di Bandar Baharu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Alor Star, manakal Rumah Seri Banai berasal Kampung Banai di daerah Kubang Pasu.

      Di dalam pembinaan rumah-rumah tradisional, seni ukiran kayu bukanlah sekadar unsur hiasan semata-mata tetapi mempunyai fungsi yang lain yang disepadukan pada rumah-rumah tersebut.

Hiasan seperti ukiran tebuk digunakan di tempat-tempat pengaliran udara sebagai unsur permukaan yang memisahkan antara ruang dalam dengan ruang luar. Disamping itu, ukiran tersebut dapat melahirkan pola-pola yang menarik kalau dilihat dari luar dan dalam rumah. Tiang Seri merupakan tiang adat. Ia berperanan sebagai tiang utama dan dipacak terlebih dahulu sebelum tiang-tiang lain. Seni ukiran Tebuk Terus yang terdapat pada rumah-rumah tradisional Bukit Kemboja, Padang Matsirat, Langkawi. Tangga dengan sistem anak tangga menggunakan tanggam dan paku yang diperbuat daripada kayu bulat dan teras. Dinding daripada pelupuh dengan anyaman yang mudah dan tidak berkelarai. 

       Ukiran pola-pola tersebut juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pola biasa, pola tebuk dn pola ukir. Motif yang dihunakan pada pola-pola tersebut mempunyai beberapa pengertian yang tertentu dan ada kaitan dengan aspek spiritual. Di Tanah Melayu, motif-motif ukiran lebih cenderung kepada penghayatan seni yang berteraskan prinsip keislaman dan ada juga yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan kaligrafi.


       Setiap ruang rumah mempunyai fungsinya tersendiri yang amat berbeza denga ciri kediaman masa kini yag mempunyai lebih benayk ruang peribadi seperti bilik khas. Rumah zman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan langsir dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung beranda dan pelantar.






No comments:

Post a Comment